Category Archives: Blog

Result LK SPM 2014

Assalamualaikum..

Keputusan SPM 2014 baru sahaja keluar baru-baru ini. Masing-masing telah memperolehi keputusan. Bagi pelajar keputusan tersebut sebagai lesen atau tiket untuk meneruskan perjuangan, manakala bagi guru-guru keputusan anak didiknya menjadi kayu pengukur usaha mereka selama ini. Jika cemerlang maka perancangan yg dilaksanakan berkesan, jika tidak maka muhasabah diri perlu dilakukan bagi memperbaiki diri

Alhamdulillah cikguromie.net telah mencapai umur 5 tahun. Jika masuk sekolah dah boleh masuk kelas prasekolah. Semoga pertambahan umur lebih memberi manfaat kepada pengguna. Tiada gambaran keseronokan yg diberikan dengan kata-kata jika pengguna cikguromie.net berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek lukisan kejuruteraan seperti pelajar ini.

result A

 

Klik pada imej utk besarkan

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya laman ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengulangkaji LK secara kendiri. Perahu sudah ade, terpulang kepada pelajar untuk mendayung ke tempat yang dituju.

Menjadi harapan saya agar lebih ramai lagi pelajar cemerlang dalam Lukisan Kejuruteraan di masa akan datang.

Proses Naik Taraf Laman dan Kelembapan Talian Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk makluman semua cikguromie.net sedang dalam proses naik taraf. Jadi beberapa maklumat dan bahan akan dimuat naik dari masa ke semasa.

Pembuka tirai tahun 2015 dibelenggu masalah kelajuan internet. Untuk pengetahuan semua proses muat naik video2 tahun 2015 terganggu akibat kelajuan internet untuk muat naik sangat perlahan. Saya sedang berusaha mendapatkan tajaan talian internet supaya proses muat naik talian akan berjalan lancar. Proses yg terbaik adalah setiap kali selepas kelas, video rakaman akan dimuatnaik pada hari itu juga bagi memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran di rumah. Jika ada sesiapa di luar sana yg dapat membantu harap boleh menghubungi saya demi kebaikan bersama..

internet speed