Posted by cikguromie on 2013/5/8 - , 21 reads
18 April 2013 bertempat di Studio LKJ. SMK Seri Setia telah diadakan penghakiman Guru Inovatif 2013 peringkat Kebangsaan. Seramai 5 orang Pegawai daripada BPK Kementerian Pelajaran telah hadir memantau, 2 Pegawai JPN Perak, seorang pegawai PPD Hilir Perak serta Pengetua SMK Seri Setia turut serta. Saya mempertaruhkan inovasi saya yang bertajuk LKJ Mobile - Aplikasi Pembelajaran dan Pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Menang itu satu bonus, tetapi apa yang penting adalah saya dapat membawa pegawai daripada kementerian untuk datang dan tengok sendiri bagaimana rakaman pembelajaran dan pengajaran dilakukan di Studio LKj SMK Seri Setia.


...
Posted by cikguromie on 2013/3/1 - , 140 reads
Telah hampir 2 bulan sekolah telah dibuka. Febuari pun bakal menutup tirai dua tiga hari lagi. Cikguromie.net telah masuk tahun ke2, walaupun pada dasarnya pembinaan portal Lkj ini adalah sejak tahun 2009 dengan nama lkj.gtechprk.net. Pelbagai perubahan sedikit demi sedikit telah menghiasi cikguromie.net bagi memudahkan pengguna menggunakan laman ini. Pelbagai bahan juga telah ditambah baik bagi memberikan informasi serta bahan latihan berguna kepada pelajar.
Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah kepada cikguromie.net apabila telah diberi dua pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan iaitu BEST E-LEARNING APICTA 2012 dan Johan Educational Blogging 2012. Tidak pernah terfikir sehingga begitu jauh pencapaian cikguromie.net ini, yang pada mulanya laman ini hanya ingin membantu pelajar mendapatkan bahan2 berkaitan lukisan kejuruteraan serta memberi 'e-tuisyen' kepada pelajar memandangkan lukisan kejuruteraan sukar untuk mendapatkan kelas tuisyen. Jika ada pun kelas tuisyen,...
Posted by romie on 2013/2/17 - , 150 reads

Alhamdulillah, berkat rezeki keluarga dan anak-anak serta sokongan semua pihak yang menjayakan cikguromie.net, menjadikan cikguromie.net sebagai PEMENANG PERTAMA dalam MSC MALAYSIA APICTA 2012. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di Sime Darby Convention Center pada 16 Okt 2012 yang lalu. Dengan ini cikguromie.net akan membawa nama MALAYSIA ke Brunei bagi APICTA 2012 bagi kategori E-Learning. Mari kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan di sana. Semoga dengan usaha ini akan membuka masyarakat luar bahawa subjek LKj ini mampu membawa perubahan kepada kita semua InsyaALLAH..
Posted by romie on 2013/2/17 - , 146 reads

Alhamdulillah.. Berkat sokongan semua, cikguromie.net telah memenangi tempat pertama kategori sekolah untuk pertandingan Educational Blog 2012 anjuran Unit ICT UPSI. Tanpa sokongan pelajar dan guru LK cikguromie.net ini tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik. Saya ingin kongsikan kejayaan ini bersama anda semua. Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan cikguromie.net...
Posted by romie on 2013/2/17 - , 148 reads

Posted by romie on 2013/2/17 - , 164 reads
KEMBARA LKJ

NAMA PROGRAM
KEMBARA LKj
TEMA PROGRAM
Keluar Mencari, Ilmu Dikongsi
PENGENALAN
KEMBARA LKj merupakan satu projek sekumpulan kecil guru keluar mencari guru-guru Lukisan Kejuruteraan yang berpengalaman serta guru-guru yang mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk dikongsikan ilmu Lukisan Kejuruteraan kepada umum. Satu kumpulan KEMBARA akan dibentuk terdiri daripada 4 orang guru LK akan bergerak bertemu dengan guru-guru berpengalaman ini untuk berkongsi kaedah serta pengalaman mereka. Teknik serta kaedah yang dihasilkan oleh guru-guru ini akan dibentangkan dan dirakam dalam bentuk video. Video rakaman tersebut akan dimuat naik ke laman ...
Posted by romie on 2013/2/17 - , 186 reads
Anda kini boleh menonton video Lukisan Kejuruteraan menggunakan aplikasi ANDROID di telefon bimbit anda. Anda hanya perlu download dan install perisian LKj on mobile ke dalam HP anda.. Selamat Mencuba.. LKj on Mobile ANDROID Software

Posted by romie on 2013/2/17 - , 120 reads
Saya sedang membina ruangan BANK SOALAN VIP untuk memudahkan guru-guru membuat soalan dan latihan kepada pelajar.. Hanya guru-guru yang menyumbangkan soalan sahaja boleh menjadi ahli VIP MEMBER GROUP dalam cikguromie.net.. Untuk menjadi ahli hanya emailkan kepada saya satu set soalan (8 soalan format SPM) beserta skema yang dibina sendiri oleh guru dlm format CAD kepada saya dan berikan USERNAME anda di cikguromie.net.. secara automatik anda akan menjadi ahli VIP MEMBER GROUP.. keistimewaan: boleh download soalan2 yang dikongsi dlm format CAD.. EMAILKAN SOALAN ANDA KEPADA cikguromie@gmail.com
Posted by romie on 2013/2/17 - , 161 reads
Keputusan SPM telah diumumkan 21 Mac 2012 baru-baru ini. Alhamdulillah daripada pemantauan rambang melalui maklumnbalas rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar di Facebook kebanyakan pelajar memperolehi keputusan yang baik. Peratus pelajar yang mendapat A+ juga telah meningkat berbanding tahun lepas. Saya tiada data lengkap untuk membincangkan keputusan keseluruhan pelajar tetapi kali ini saya akan hanya membincangkan keputusan sekolah saya sahaja.
Tahun ini merupakan tahun terbaik keputusan bagi mata pelajaran LKJ bagi SMK Seri Setia berbanding keputusan tahun-tahun sebelum ini. Sepanjang pengajaran saya juga tahun 2011 juga kali pertama saya merasa pencapaian 100% lulus. Tiada apa yang membanggakan bagi seorang guru selain melihat kejayaan anak muridnya. Pencapaian kualiti juga meningkat secara mendadak iaitu seramai 4 orang pelajar memperolehi A+ dan 5 pelajar memperolehi keputusan A-.
Saya telah memulakan pembelajaran secara dalam talian ini sejak tahun 2007...
Posted by romie on 2013/2/17 - , 144 reads
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru hari ini saya berkesempatan untuk mencatat di sini. Buat pertama kali dalam tahun 2012 ini saya menulis untuk semua pengunjung. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak tahun lepas yang telah memberi pandangan serta panduan kepada saya untuk memperbaiki laman Portal cikguromie.net ini. Buat masa sekarang saya sedang memperbaiki mutu video tutorial dengan mengubah sedikit rekabentuk 'layout' supaya nampak lebih cantik dan nampak mahal. Dari segi kualiti video juga kini pengunjung boleh mendapatkan kuliti video 720HD. Bagi pengguna UNIFI pasti tidak menghadapi masalah untuk menonton dengan kualiti HD ini, cuma penonton yang menggunakan talian internet biasa sukar untuk menonton dalam kualiti tersebut dinasihatkan untuk menetapkan tetapan kualiti kepada 360 atau 480.
Melalui arus teknologi yang semakin pesat membangun ini, kita seharusnya mengikut arus tersebut tidak kira sama ada dengan berenang atau...