Inovasi CR Code Sticker

QR Code merupakan satu platform yang tidak asing lagi bagi pengguna telefon pintar bagi memudahkan pengguna mencapai bahan. Cikgu Romie telah menghasilkan lebih 2000 video Pdp yang telah dimuatnaik ke laman Youtube. Masalah utama pelajar yang menjadikan video Cikgu Romie sebagai rujukan adalah mencari video yang sesuai dengan topik sebagai rujukan. Memilih video yang sesuai akan memakan masa yang agak lama. Jadi, Cikgu Romie telah menghasilakan ‘CR code’ stiker yang boleh ditampal ke dalam buku teks. Setiap ‘CR code’ stiker telah dilabelkan mengikut muka surat buku teks untuk rujukan. Pelajar hanya perlu menampal ‘CR code’ stiker ke dalam buku teks mengikut label yang telah ditetapkan. Semasa mengulangkaji, pelajar hanya perlu imbas stiker tersebut menggunakan telefon pintar menggunakan perisian QR scanner. Setelah imbasan dibuat, pelajar akan disambungkan terus kepada video Cikgu Romie yang berkaitan tajuk yang terdapat di dalam buku teks tersebut. Ini secara tidak langsung sebagai  nilai tambah kepada buku teks yang sedia ada.

Grafik Komunikasi Teknikal, Lukisan Kejuruteraan